Biodata Imam
Imam Ibnu Kasir
- Nama: Abdullah bin Kasir bin Amru bin Abdullah
- Lahir: Tahun 45 Hijrah
- Wafat: Di Makkah tahun 120 Hijrah
Imam Al-Bazzi
- Nama: Ahmad bin Muhammad bin Abdullah Al-Bazzi
- Lahir: Tahun 170 Hijrah
- Wafat: Tahun 250 Hijrah
Imam Qunbul
- Nama: Muhammad bin Abdullah bin Muhammad Al-Makhzumi
- Lahir: 195 Hijrah
- Wafat: Di Mekah pada 291 Hijrah
Bab Basmalah
Isbat Basmalah antara dua surah kecuali Anfaal dan Taubah
Bab Mim Jamak
-Apabila mim jamak terletak sebelum huruf yang berbaris
( خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ )
-dibaca dengan silah mim jamak- قًلوبهمًوا,
Bab Ha’ Kinayah
-Dibaca dengan ya ketika kasrah dan sebelumnya sakin dan selepasnya berbaris
( فِيهِۛ هُدٗى )
-Dibaca dengan silah wau ketika dhommah sebelumnya sakin dan selepasnya berbaris
( مِنۡهُ ءَايَٰتٞ مُّحۡكَمَٰتٌ )
Bab Hamzatain Min Kalimah (2 hamzah dalam satu kalimah)
Dibaca dengan tashil hamzah kedua tanpa idkhal, kesemua hamzah pertama berbaris fathah
Hamzah pertama | Hamzah kedua | Kalimah |
Fathah | Fathah | ءَأَنذَرۡتَهُم |
Fathah | Kasrah | أَئِنَّكُمۡ |
Fathah | Dhommah | أَؤُنَبِّئُكُم |
Bab Hamzatain (Dua Hamzah) Dalam Dua Kalimah
- Sekiranya hamzah pertama di akhir kalimah pertama dan hamzah kedua di awal kalimah kedua.
- Terbahagi kepada dua bahagian :
- dua hamzah dengan baris yang sama
- dua hamzah dengan baris yang berbeza
- Dua hamzah dengan harakat yang berbaris dalam tiga keadaan:
Baris | Kalimah | Kaedah bacaan |
| شَآءَ أَنشَرَهُۥ٢٢ | Bazzi 1.Isqat hamzah pertama bersama qasr 2.isqat hamzah kedua bersama tawassud Qunbul 1.tashil hamzah kedua 2.ibdal hamzah kedua kepada huruf mad |
| هَٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ | Al-bazzi 1.tashil hamzah pertama bersama tawassud 2.tashil hamzah pertama bersama qasr Qunbul 1.tashil hamzah kedua 2.ibdal hamzah kedua kepada huruf mad |
| أَوۡلِيَآءُۚ أُوْلَٰٓئِكَ | Al-bazzi 1.tashil hamzah pertama bersama tawassud 2.tashil hamzah pertama bersama qasr Qunbul 1.tashil hamzah kedua 2.ibdal hamzah kedua kepada huruf mad |
2. Dua Hamzah yang berbeza baris dalam lima keadaan
Hamzah pertama | Hamzah kedua | Contoh | Wajah Qiraat |
Fathah | Kasrah | وَجَآءَ إِخۡوَةُ | -tashil hamzah kedua di antara huruf hamzah dan ya’ |
Fathah | Dhommah | جَآءَ أُمَّةٗ | tashil hamzah kedua di antara hamzah dan wau |
Kasrah | Fathah | مِّنَ ٱلسَّمَآءِ أَوِ ٱئۡتِنَا | -ibdal hamzah kedua kepada huruf ya’ |
Dhommah | Fathah | نَشَآءُ أَصَبۡنَٰهُم | -ibdal hamzah kedua kepada wau |
Dhommah | Kasrah | يَشَآءُ إِلَىٰ | tashil hamzah kedua di antara huruf hamzah dan ya’ -ibdal hamzah kedua kepada huruf wau |
Bab Ya’ Idhafah
Dibaca dengan fathah pada huruf ya dalam keadaan berikut:
- Hamzah berbaris fathah contoh ( إِنِّيٓ أَعۡلَمُ )
- Hamzah berbaris kasrah contoh ( فَتَقَبَّلۡ مِنِّيٓۖ إِنَّكَ )
- Hamzah berbaris dhammah contoh ( إِنِّيٓ أُرِيدُ )
- (ال) Ta’rif contoh ( لَا يَنَالُ عَهۡدِي ٱلظَّٰلِمِينَ١٢٤ )