MANHAJ RIWAYAT YAAKUB DALAM QIRAAT

 1) Membaca dengan dhommah ha’ pada setiap dhomir jama’ muzakkar seperti فيهم , dan juga ha’ pada setiap dhomir muannas sekiranya ha’ tersebut terletak selepas huruf ya’ yang sakinah seperti عليهن , dan juga ha’ pada setiap dhomir muthanna sekiranya ha’ tersebut terletak selepas huruf ya’ yang sakinah seperti فيهما .

 2) Daripada riwayat Ruwais dhommah ha’ pada setiap dhomir jama’ muzakkar sekiranya ha’ tersebut terletak selepas huruf ya’ yang sakinah tetapi ya’ tersebut telah dihazafkan disebabkan datangnya fi’el jazm atau bina’ lil jazm seperti, فاستفتهم أولم يكفهم

3) Membaca qasr dan tawassut pada munfasil serta tawassut pada muttasil

 4) Membaca ha’ saktah ketika waqaf sahaja : – Secara qaulan wahidan pada kalimah وهو,وهي – Secara khilaf pada setiap nun al-Asma’ al-Mabniyyah al-Musyaddadah seperti (إليّ,هنّ,علىّ,لدىّ,بيديّ,حملهنّ,مثلهن ) dan setiap nun pada jama’ muzakkar seperti ((المفلحون, اللذين – Secara khilaf pada 5 kalimah : (فيم, لم, عمّ, بم, ممّ ) – Ruwais secara khilaf pada 4 kalimah: (يويلتى, يحسرتى, يأسفى, ثَمّ)

 5) Membaca Idgham kabir seperti Abu ‘Amru secara khilaf